Asas-asas penulisan khat
(Sila baca dan fahami dengan teliti)
� Peralatan menulis
Pen khat, kayu resam dan sebagainya. Setiap pena mempunyai kelebihan
masing-masing. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini, digalakkan
menggunakan kesemua jenis pena. Pakar-pakar khat biasanya menggunakan
pena dari tumbuhan seperti buluh, resam, batang pinang, dan kayu ijuk
untuk menulis. Penggunaan pena dari tumbuhan ini memerlukan kemahiran
yang tinggi iaitu cara mengasahnya, melicinkan, dan menggunakannya degan
baik. Untuk mereka yang baru belajar cara terbaik gunakan pen khat
marker, yang mempunyai 3 jenis mata iaitu 1.0 (0.1cm), 2.0 (0.2cm), dan
3.0 (0.3cm) sepertimana yang tertera pada contoh di bawah.
Pena Resam & Buluh
Selain itu, pensel, pemadam, pisau, liquid paper, pen marker, pembaris,
set geometri. Sebelum menulis biasanya dilakar dahulu menggunakan
pensel, dan yang terbaik gunakan pensel HB (yang kurang pekatnya).
� Kertas
Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya gunakan kertas yang
agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat. Kertas yang biasa
digunakan ialah Art Paper, Mattart, Tracing Paper atau kertas biasa
(seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah mengembangkan
dakwat. Pelapik digunakan bagi menghalang kekasaran pada permukaan meja
dan disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid seperti contoh di
bawah
� Dakwat
Dakwat, dibeli atau dibuat sendiri. Dakwat yang terbaik ialah yang
mempunyai kehitaman yang maksimum, cepat kering ketika di atas kertas,
memudahkan pergerakan tangan semasa menulis dan warna yang bersinar
(shining) selepas kering. Antara dakwat yang biasa dipakai ialah
Holbien, Faber Castell, Calligraphy dan seumpamanya. Dakwat tidak boleh
dibiarkan melekat pada mata pena khususnya mata pena besi kerana ianya
boleh menghalang aliran dakwat semasa menulis.
Bekas filem biasanya digunakan sebagai bekas dakwat, dan didalamnya
dimasukkan span yang dicubit kecil, bertujuan untuk mengehadkan dakwat
disedut semasa mencucuh pena ke dalamnya. Ini bagi mengelakkan tulisan
di atas kertas rosak dan melimpah dgn dakwat. Kalau sesiapa yang biasa
melihat penulis khat yang menggunakan resam atau buluh, acapkali dilihat
mencucuh ke dalam bekas dakwat, selalu dicucuh untuk mendapatkan
keseragaman dakwat tu apabila ditulis.
� Buku rujukan (Qawaid)
Buku Panduan dan latihan. Buku panduan yang terbaik ialah yang
dihasilkan di timur tengah oleh penulis-penulis khat terkenal seperti
Hashim Muhammad al-Baghdadi, Hamid Hamidi, Syed Ibrahim, dan sebagainya.
Setiap buku panduan juga mempunyai pendekatan tersendiri mengikut
persekitaran dan budaya penulisan negara masing-masing. Perlu
diingatkan, penulisan khat yang terbaik adalah yang mengikut qawaid
(undang-undang), ini kerana keseniannya dapat dilihat dengan penggunaan
qawaid tulisan yang tepat. Oleh itu, rujukan amat perlu dalam
mempelajari seni khat ini, cara yang terbaik adalah dengan berguru.
� Cara memegang pen
- Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 90 darjah.
- Keseluruhan mata pen menyentuh kertas.
- Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen.
� Suasana semasa menulis
- Suasana mestilah tenang dan kemas.
- Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas.
- Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh.
- Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat.
� Psikologi menulis
- Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuh tumpuan kepada penulisan.
- Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suruhan.
� Latihan
- Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar. Contohnya
penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat.
- Biasakan berlatih menulis menggunakan kaedah yang tepat.
- Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak berkali-kali sebagai latih
tubi yang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti
yang agak sukar dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang panjang di
samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. Seseorang yang ingin
mempelajarinya perlu diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa
mendengar dari pengajar, membaca buku rujukan dan mengambil perhatian
yang serius untuk memahami setiap pengajaran terutama dalam espek
pengukuhan dan pembetulan.
Berikut adalah jenis-jenis khat yang sempat saya
cari setakat ini, jenis-jenis khat ini saya dapati ada tercatat di
buku-buku rujukan khat seperti buku dari Jawad Sabti, dan ada
diantaranya saya dapati dari buku Sejarah Khat tulisan Ustaz Jainal
Sakiban (Johor), dan juga beberapa buku rujukan khat yang ada dalam
simpanan saya, maklumat-maklumat ini dapat diketahui melalui buku-buku
khat berbahasa arab. Saya berangan nak buat buku sendiri tapi banyak
lagi perlu dikaji.
Jenis-Jenis Khat
1. Nasakh
2. Nasakh Hadith
3. Thuluth
4. Thuluth Jali
5. Req�ah
6. Farisi @ Nasta�liq
7. Dewani
8. Dewani Jali
9. Ijazah
10. Hurr
11. Kufi Murabba�
12. Kufi Muhaqqaq
13. Tajj
14. Tughrak
15. Nabti Arab
16. Hijazi @ Madani @ al-Darij
17. al-As�ar
18. Asyribah
19. al-Sami�i
20. Narjisi
21. Thuluthain
22. Tumar
23. Hafifuth Thulus
24. Riqa�
25. Tauqi�
26. Thaqil Thuluth
27. Mufattah
28. Zamburi
29. al-Haram
30. al-Uhud
31. Sijillat
32. Mu�amarat
33. al-Mansyur
34. al-Dibaj
35. Syami
36. al-Jalil
37. al-Mudammirat
38. al-Khirfaj
39. al-Marsa�
40. al-Riasi
41. Nasakh Khafif
42. al-Qhabbar
43. al-Nisf
44. Nisf Khafif
45. al-Haliyah
46. al-Mudawwar al-Kabir
47. Musalsal
48. Musalsal al-Tauqi�
49. Ghubar al-Hibah
50. al-Muhammad
51. al-Hawaiji
52. al-Qasas
53. al-Jinah
54. Thuluth Khafif
55. Raihan
56. Muhaqqaq
57. Zahab
58. al-Matan
59. Muqlah
60. Thuluth Mu�tad
61. Lu�lui
62. al-Asy�ar
63. al-Wasy
64. al-Mudammij
65. Mu�allaq
66. al-Muqtarin
67. Siaqat Sumbulu
68. Kufi Bassit
69. Kufi Musattar
70. Kufi Musyakkal
71. Kufi Muwarraq
72. Kufi Muzahraf
73. Kufi Muzaiyan
74. Kufi Madhfur
75. Kufi Andalusi
76. Kufi Mamluki
77. Sahifah
78. Thuluth Mahbuk
79. Thuluth Handasi
80. Thuluth Mutanazir
81. Syekestah
82. Farsi Mutanazir
83. Farsi Mukhtazil
84. Diwani Mutarabit
85. Dewani Jali Hamayuni
86. Dewani Jali Zauraq
Di atas adalah senarai tulisan khat melalui pembacaan dan kajian sy, dan
ianya sebagai maklumat yang boleh dibaca semua, dan di bawah ini pula
adalah jenis� khat yang popular yang seringkali digunakan dalam karya�
dan juga hiasan di masjid�, dan seumpamanya, ada juga saya "bold" kan di
atas...kecuali khat kufi sy tak bold sebab kufi banyak bahagiannya.
Rabu, 21 November 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
2 komentar:
Assalamualaikum, nak tanya lah mana nk dapatkan pen khat ni ya?
salam.. mana nak beli pen ni.. soalan sama mcm di atas..
Posting Komentar