Pages

Subscribe:

Rabu, 21 November 2012

Cara mempelajari khot

Asas-asas penulisan khat (Sila baca dan fahami dengan teliti) � Peralatan menulis Pen khat, kayu resam dan sebagainya. Setiap pena mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini, digalakkan menggunakan kesemua jenis pena. Pakar-pakar khat biasanya menggunakan pena dari tumbuhan seperti buluh, resam, batang pinang, dan kayu ijuk untuk menulis. Penggunaan pena dari tumbuhan ini memerlukan kemahiran yang tinggi iaitu cara mengasahnya, melicinkan, dan menggunakannya degan baik. Untuk mereka yang baru belajar cara terbaik gunakan pen khat marker, yang mempunyai 3 jenis mata iaitu 1.0 (0.1cm), 2.0 (0.2cm), dan 3.0 (0.3cm) sepertimana yang tertera pada contoh di bawah. Posted Image Posted Image Pena Resam & Buluh Selain itu, pensel, pemadam, pisau, liquid paper, pen marker, pembaris, set geometri. Sebelum menulis biasanya dilakar dahulu menggunakan pensel, dan yang terbaik gunakan pensel HB (yang kurang pekatnya). � Kertas Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat. Kertas yang biasa digunakan ialah Art Paper, Mattart, Tracing Paper atau kertas biasa (seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah mengembangkan dakwat. Pelapik digunakan bagi menghalang kekasaran pada permukaan meja dan disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid seperti contoh di bawah Posted Image � Dakwat Posted Image Dakwat, dibeli atau dibuat sendiri. Dakwat yang terbaik ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum, cepat kering ketika di atas kertas, memudahkan pergerakan tangan semasa menulis dan warna yang bersinar (shining) selepas kering. Antara dakwat yang biasa dipakai ialah Holbien, Faber Castell, Calligraphy dan seumpamanya. Dakwat tidak boleh dibiarkan melekat pada mata pena khususnya mata pena besi kerana ianya boleh menghalang aliran dakwat semasa menulis. Bekas filem biasanya digunakan sebagai bekas dakwat, dan didalamnya dimasukkan span yang dicubit kecil, bertujuan untuk mengehadkan dakwat disedut semasa mencucuh pena ke dalamnya. Ini bagi mengelakkan tulisan di atas kertas rosak dan melimpah dgn dakwat. Kalau sesiapa yang biasa melihat penulis khat yang menggunakan resam atau buluh, acapkali dilihat mencucuh ke dalam bekas dakwat, selalu dicucuh untuk mendapatkan keseragaman dakwat tu apabila ditulis. � Buku rujukan (Qawaid) Posted Image Buku Panduan dan latihan. Buku panduan yang terbaik ialah yang dihasilkan di timur tengah oleh penulis-penulis khat terkenal seperti Hashim Muhammad al-Baghdadi, Hamid Hamidi, Syed Ibrahim, dan sebagainya. Setiap buku panduan juga mempunyai pendekatan tersendiri mengikut persekitaran dan budaya penulisan negara masing-masing. Perlu diingatkan, penulisan khat yang terbaik adalah yang mengikut qawaid (undang-undang), ini kerana keseniannya dapat dilihat dengan penggunaan qawaid tulisan yang tepat. Oleh itu, rujukan amat perlu dalam mempelajari seni khat ini, cara yang terbaik adalah dengan berguru. � Cara memegang pen - Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 90 darjah. - Keseluruhan mata pen menyentuh kertas. - Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen. � Suasana semasa menulis - Suasana mestilah tenang dan kemas. - Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas. - Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh. - Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat. � Psikologi menulis - Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuh tumpuan kepada penulisan. - Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suruhan. � Latihan - Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar. Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat. - Biasakan berlatih menulis menggunakan kaedah yang tepat. - Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak berkali-kali sebagai latih tubi yang berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti yang agak sukar dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. Seseorang yang ingin mempelajarinya perlu diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar dari pengajar, membaca buku rujukan dan mengambil perhatian yang serius untuk memahami setiap pengajaran terutama dalam espek pengukuhan dan pembetulan.





Berikut adalah jenis-jenis khat yang sempat saya cari setakat ini, jenis-jenis khat ini saya dapati ada tercatat di buku-buku rujukan khat seperti buku dari Jawad Sabti, dan ada diantaranya saya dapati dari buku Sejarah Khat tulisan Ustaz Jainal Sakiban (Johor), dan juga beberapa buku rujukan khat yang ada dalam simpanan saya, maklumat-maklumat ini dapat diketahui melalui buku-buku khat berbahasa arab. Saya berangan nak buat buku sendiri tapi banyak lagi perlu dikaji. Jenis-Jenis Khat 1. Nasakh 2. Nasakh Hadith 3. Thuluth 4. Thuluth Jali 5. Req�ah 6. Farisi @ Nasta�liq 7. Dewani 8. Dewani Jali 9. Ijazah 10. Hurr 11. Kufi Murabba� 12. Kufi Muhaqqaq 13. Tajj 14. Tughrak 15. Nabti Arab 16. Hijazi @ Madani @ al-Darij 17. al-As�ar 18. Asyribah 19. al-Sami�i 20. Narjisi 21. Thuluthain 22. Tumar 23. Hafifuth Thulus 24. Riqa� 25. Tauqi� 26. Thaqil Thuluth 27. Mufattah 28. Zamburi 29. al-Haram 30. al-Uhud 31. Sijillat 32. Mu�amarat 33. al-Mansyur 34. al-Dibaj 35. Syami 36. al-Jalil 37. al-Mudammirat 38. al-Khirfaj 39. al-Marsa� 40. al-Riasi 41. Nasakh Khafif 42. al-Qhabbar 43. al-Nisf 44. Nisf Khafif 45. al-Haliyah 46. al-Mudawwar al-Kabir 47. Musalsal 48. Musalsal al-Tauqi� 49. Ghubar al-Hibah 50. al-Muhammad 51. al-Hawaiji 52. al-Qasas 53. al-Jinah 54. Thuluth Khafif 55. Raihan 56. Muhaqqaq 57. Zahab 58. al-Matan 59. Muqlah 60. Thuluth Mu�tad 61. Lu�lui 62. al-Asy�ar 63. al-Wasy 64. al-Mudammij 65. Mu�allaq 66. al-Muqtarin 67. Siaqat Sumbulu 68. Kufi Bassit 69. Kufi Musattar 70. Kufi Musyakkal 71. Kufi Muwarraq 72. Kufi Muzahraf 73. Kufi Muzaiyan 74. Kufi Madhfur 75. Kufi Andalusi 76. Kufi Mamluki 77. Sahifah 78. Thuluth Mahbuk 79. Thuluth Handasi 80. Thuluth Mutanazir 81. Syekestah 82. Farsi Mutanazir 83. Farsi Mukhtazil 84. Diwani Mutarabit 85. Dewani Jali Hamayuni 86. Dewani Jali Zauraq Di atas adalah senarai tulisan khat melalui pembacaan dan kajian sy, dan ianya sebagai maklumat yang boleh dibaca semua, dan di bawah ini pula adalah jenis� khat yang popular yang seringkali digunakan dalam karya� dan juga hiasan di masjid�, dan seumpamanya, ada juga saya "bold" kan di atas...kecuali khat kufi sy tak bold sebab kufi banyak bahagiannya. Posted Image 

2 komentar:

Unknown mengatakan...

Assalamualaikum, nak tanya lah mana nk dapatkan pen khat ni ya?

nazli koa mengatakan...

salam.. mana nak beli pen ni.. soalan sama mcm di atas..

Posting Komentar